Peraturan Pemakaian
v Pakaian pemain yang dipakai hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepak takraw. Pemain dilarang menggunakan mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan serta membahayakan pemain adalah dilarang.
v Semua pemain hendaklah memakai TShirt atau jersi, kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi, seluar pendek dan stoking. TShirt atau jersi haruslah dimasukkan ke dalam seluar. Pemain dibenarkan memakai tracksuits jika cuaca sejuk. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan.
v Untuk mengelakkan kekeliruan pasukan yang bertanding perlu memakai warna jersi yang berlainan.
v Semua pakaian pemain haruslah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain haruslah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan iaitu dari nombor 1 sehingga nombor 36.
Ø Nombor haruslah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan iaitu pada bahagian tengah dada.
Ø Nama pemain haruslah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian dimana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen.
Ø Pakaian pemain boleh meletakkan logo penaja di bahagian hadapan pakaian pemain dan haruslah mengikut peraturan pertandingan.
Ø Logo atau lambang selain logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.
v Ketua regu haruslah memakai arm band di lengan kiri.
vSetiap pasukan haruslah menyediakan sekurang-kurangnya 2 set T-Shirt atau jersi yang berwarna gelap dan berwarna cerah. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama hal ini dapat diselesaikan dengan menukar jersi pasukan tuan rumah. Manakala jika jersi yang sama dari pasukan yang berlainan, negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran perlu menukar jersi.
vJika memakai mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam
undang-undang permainan ini perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada pihak teknikal
( International Sepaktakraw Federation ) ISTAF.
No comments:
Post a Comment