Sukan Sepak Takraw
Tuesday, 24 May 2016
BIL
|
NAMA
|
NO MATRIKS
|
1
|
MARCELINA BINTI MAJIN
|
BP15110140
|
2
|
AGNES LOUPIN
|
BP15110013
|
3
|
COVENA BENJAMIN
|
BP15110054
|
4
|
IESMA CHUNG
|
BP15110095
|
5
|
DIFFRY DIMO
|
BP15110063
|
OBJEKTIF KAJIAN
i. Menceritakan tentang sejarah awal dan perkembangan sukan sepak takraw di Asia.
ii. Merumuskan peraturan dan undang-undang permainan sukan sepak takraw.
iii. Menerangkan ukuran-ukuran yang terdapat dalam sukan sepak takraw.
iv. Menerangkan peraturan cara-cara pemakaian yang bersesuaian.
v. Mendedahkan pengelolahan kejohanan atau sistem pertandingan yang dijalankan.
vi. Menerangkan persediaan dan perancangan latihan sebelum menyertai sesuatu kejohanan.
Monday, 23 May 2016
Sejarah Sepak Takraw
1.0 PENGENALAN
Sepak Takraw atau pun Kick Volleyball merupakan sukan masyarakat Asia Tenggara yang menyerupai bola tampar kecuali ia menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan dan hanya membenarkan pemain menggunakan tangan dan kepala untuk menyentuh bola. Sukan ini merupakan gabungan antara sukan bola tampar dan bola sepak dan sangat popular di Thailand, Kemboja, Malaysia, Laos, Filipina, dan Indonesia. Di negara Thailand, sukan ini dikenali sebagai Takraw manakala di Malaysia ia dikenali sebagai Sepak Raga.
2.0 SEJARAH AWAL SUKAN DAN PERKEMBANGAN SUKAN SEPAK TAKRAW DI ASIA
Sepak takraw tidak mempunyai rekod bertulis bagi membuktikan permulaannya. Tambahan pula sepak takraw hanya dimainkan di Asia tenggara. Mengikut buku Sejarah Melayu, ada dicatatkan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan dimainkan pada zaman kesultanan Melaka oleh anak Bendahara Paduka Raja, iaitu Tun Besar. Permainan itu disebut sepak raga.
Dengan demikian, boleh dikatakan sepak raga berasal di dari Negara Malaysia. Pada masa itu, sepak raga dimainkan dalam bentuk bulatan di satu kawasan lapang. Ia juga merupakan salah satu permainan yang tertua di dunia. Cara bermainnya ialah dengan menyepak atau menanduk bola secara bergilir-gilir.
Selain menyepak, permainan ini juga boleh menggunakan paha, bahu, belakang dan apa sahaja anggota badan kecuali tangan. Setiap sepakan akan dihitung dan matlamat permainan ialah mengekalkan bola di udara. Sepak raga jaring mula diperkenalkan pada tahun 1945
Cara bermainnya diubah suai dan dimainkan oleh enam orang dengan tiga orang sepasukan. Pada peringkat ini, tiada peraturan khusus, hanya undang-undang mulut sahaja digunakan. Peraturan terawal telah diperkenalkan oleh Penduduk Pulau Pinang dengan menubuhkan sebuah badan di peringkat negeri. Antara peraturan yang diperkenalkan ialah sepak raga dimainkan dalam satu gelanggang yang direntang dengan jaring. Tiga orang pemain yang mempelopori permainan ini ialah Mohamad Abd Rahman, Abd. Hamid Mydin dan Yaacob Sayyed. Mereka telah mengadakan pertunjukan di Gelanggang Hospital Haiwan, Jalan Pattani, P. Pinang. Bermula dari sinilah, maka merebaklah permainan sepak raga jaring ke beberapa tempat di Pulau Pinang. Satu pertandingan untuk merebut Piala Tuan S.M. Idid telah diadakan. Sebanyak 36 pasukan telah mengambil bahagian dan pasukan Jalan Hutton menjadi johan. Setelah mendapat sambutan yang mengalakkan sepak raga jaring diperkenalkan pula ke negeri-negeri lain.
Perlawanan antara negeri yang pertama telah diadakan pada November 1946 di antara Kedah dan Pulau Pinang. Ini diikuti pula perlawanan antara Pulau Pinang dan Selangor pada bulan disember. Allahyarham P. Ramlee adalah di antara orang yang talah mempopularkan permainan ini. Beliau mempunyai pasukannya sendiri. Apabila beliau berpindah ke Singapura, beliau memperkenalkan pula kepada rakannya di sana. Pada 25 Jun 1960, dengan rasminya Persatuan Sepak Raga Malaya (PSRM) telah ditubuhkan. Encik Mohd. Khir Johari adalah sebagai presidennya dan pada masa itu juga beliau adalah Menteri Pelajaran.
Permainan sepak raga jaring juga dimainkan di beberapa negara di Asia. Permainan ini dikenali sebagai “takraw” di negara Thailand. Tarikh sebenar tentang kedatangan atau permulaan permainan sepak raga di negara Thailand tidak pula diketahui, akan tetapi permainan ini sudah pun mendapat tempat di kalangan penduduk di sana. Pada tahun 1965, buat pertama kalinya sepak raga jaring diterima sebagai acara Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur. Pertukaran nama sepak raga kepada sepak takraw dengan sendirinya telah menukarkan nama persatuan samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. PSRM telah menjadi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). Peraturan permainannya juga telah dikemaskini dengan penggunaan bola yang lebih besar dan saiz gelanggang yang lebih kecil. Pemain juga dibenarkan untuk keluar gelanggang semasa dalam permainan.
Permainan sepak raga jaring juga dimainkan di beberapa negara di Asia. Permainan ini dikenali sebagai “takraw” di negara Thailand. Tarikh sebenar tentang kedatangan atau permulaan permainan sepak raga di negara Thailand tidak pula diketahui, akan tetapi permainan ini sudah pun mendapat tempat di kalangan penduduk di sana. Pada tahun 1965, buat pertama kalinya sepak raga jaring diterima sebagai acara Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur. Pertukaran nama sepak raga kepada sepak takraw dengan sendirinya telah menukarkan nama persatuan samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. PSRM telah menjadi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). Peraturan permainannya juga telah dikemaskini dengan penggunaan bola yang lebih besar dan saiz gelanggang yang lebih kecil. Pemain juga dibenarkan untuk keluar gelanggang semasa dalam permainan.
Pada 25 hingga 28 Jun 1980 pula, telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw Asia Pertama di Kuala Lumpur. Terdapat 5 buah negara yang mengambil bahagian. Selain itu, PSM dengan kerjasama Kementerian Belia Dan sukan telah menghantar pasukan untuk mengadakan perlawanan pertunjukan di China, Korea Utara dan Hong Kong. Perlawanan pertunjukan ini juga telah diadakan dua kali dalam Sukan Asia. Kali pertama ialah di Bangkok tahun 1970 dan kali kedua di New Delhi tahun 1982. Akhirnya, sukan ini telah diterima sebagai acara dalam Sukan Asia tahun 1990 di Hiroshima, Jepun.
Pengelolaan Kejohanan Atau Sistem Pertandingan
1. PENGELOLAAN KEJOHANAN ATAU SISTEM PERTANDINGAN
1. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi terdapat banyak kekurangan seperti kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan atau kebolehan sesuatu pasukan atau peserta itu sendiri.
i. Kelebihan
- Boleh dijalankan dalam masa yang singkat
- Cepat memilih pemenang
- Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
- Seronok untuk ditonton
- Penyertaan ramai.
ii. Kelemahan
- Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
- Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
- Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain
2. Pertandingan Liga
Pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian :
i. Masa yang mencukupi
ii. Kewangan yang ada
iii. Bilangan pengadil
iv. Kemudahan dan peralatan yang ada.
Pertandingan boleh dijalankan dalam
i. Liga satu pusingan
ii. Liga berkumpulan
Perkembangan Kemahiran
1. PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
1. Sepak sila
i. STATIK
Prosedur :
- Melambung bola dan melakukan sepak sila secara perseorangan.
- Menggunakan kaki kiri / kanan.
- Mulakan sepak sila dengan bola rendah, sederhana dan tinggi.
ii. DINAMIK
Prosedur :
- Menerima dan menghantar bola secara berpasangan.
- Melakukan dalam berbagai arah – kiri/ kanan/ depan/ belakang.
- Menggunakan kedua - dua kaki secara berselang-seli.
- Kawal bola dahulu kemudian buat hantaran tepat ke arah sasaran.
- Tingkatkan aras ketinggian bola dan kawal lakuan sepakan tersebut.
- Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan.
- Menerima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal
- Menggunakan kaki kiri kanan secara berselang-seli.
- Variasikan corak pergerakan melalui kreativiti jurulatih.
2. Kemahiran sepak kuda
i. STATIK
Prosedur :
- Melambung bola dan menyepak dengan kekura kaki ke arah sasaran.
- Menggunakan kaki kiri / kanan secara berselang-seli.
ii. DINAMIK
Prosedur:
- Sepak dengan menggunakan kekura kaki secara berpasangan.
- Melakukan sepakan ke atas bola yang datang dari pelbagai arah.
3. Kemahiran menanduk
i. STATIK
Prosedur :
- Melambung bola secara individu dan melakukan tandukan setempat.
- Melakukan secara berulang-kali.
ii. DINAMIK
Prosedur :
- Menanduk bola yang dilambung secara berpasangan tepat ke arah sasaran.
- Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar untuk tandukan.
- Memastikan bola yang ditanduk berada pada ketinggian yang sesuai.
- Tanduk bola dari pelbagai arah dan kelajuan.
- Jarakkan bola secara beransur-ansur.
4. Kemahiran rejaman
i. STATIK
Prosedur :
- Melompat dan buat rejaman tanpa bola (bayangan) mengikut teknik rejaman.
- Bola digantung mengikut paras ketinggian yang sesuai. Lompat dan lakukan rejaman kaki mengikut teknik rejaman yang dipilih.
ii. DINAMIK
Prosedur
- Melambung bola dengan tangan dan buat rejaman mengikut gaya rejaman.
- Variasikan kedudukan rejaman.
- Pelbagaikan arah rejaman.
5. Kawalan gelanggang
i. AKTIVITI LITAR
Prosedur permainan :
- Setiap kumpulan melakukan kemahiran mengikut Stesen yang telah ditetapkan.
- Setiap kumpulan diberi masa 3 minit untuk melakukan kemahiran yang ditetapkan bagi setiap stesen dan seterusnya berpindah ke stesen yang seterusnya.
ii. HANTARAN MENGIKUT PUSINGAN SEGI TIGA
Prosedur permainan :
- Arah boleh diubah-ubah mengikut arah anak panah selepas beberapa pusingan.
- Hantaran dibuat dengan sekali sepakan /paha tandukan dan ditambah tidak melebihi dua kali berturut-turut. Pemain – pemain menghadap ke luar.
Subscribe to:
Posts (Atom)