1. PENGELOLAAN KEJOHANAN ATAU SISTEM PERTANDINGAN
1. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi terdapat banyak kekurangan seperti kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan atau kebolehan sesuatu pasukan atau peserta itu sendiri.
i. Kelebihan
- Boleh dijalankan dalam masa yang singkat
- Cepat memilih pemenang
- Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
- Seronok untuk ditonton
- Penyertaan ramai.
ii. Kelemahan
- Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
- Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
- Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain
2. Pertandingan Liga
Pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian :
i. Masa yang mencukupi
ii. Kewangan yang ada
iii. Bilangan pengadil
iv. Kemudahan dan peralatan yang ada.
Pertandingan boleh dijalankan dalam
i. Liga satu pusingan
ii. Liga berkumpulan
No comments:
Post a Comment