6.0 PERSEDIAN DAN PERANCANGAN LATIHAN AWAL SEBELUM MENYERTAI
PERTANDINGAN
6.1 PERSEDIAAN
Terdapat dua fasa persediaan iaitu
- Persediaan Umum
- Persediaan khusus
i) Fasa Persediaan Umum
Fasa ini merupakan fasa latihan yang pertama dalam periodisasi ini. Dalam fasa ini, fokus diberikan adalah kepada fizikal sahaja untuk meningkatkan kecergasan. Antaranya ialah latihan kepada aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum menjalani latihan tahap yang lebih tinggi. Selain itu, memberi perincian tentang taktik dan teknik dalam sepak takraw agar dapat membantu pasukan menjalani latihan dengan lebih baik lagi.
Kaedah-kaedah Latihan Yang dicadangkan :
- Litar
- Bebanan
- Pliometrik
Objektif Latihan :
- Membina daya tahan otot
- Meningkatkan kepantasan, ketangkasan dan kelenturan otot
- Membina daya tahan kardiovaskular
- Membaiki kelemahan kemahiran pasukan dan memperkenalkan teknik dan taktik yang baik
ii) Fasa Persediaan Khusus
Dalam fasa ini, fokus latihan akan diberikan dari semua aspek Contohnya, teknik latihan fizikal haruslah bersesuaian bagi mengelakkan latihan yang memenatkan dan pemain tercedera. Manakala bagi moral atau mental pasukan, perlu di tingkatkan untuk pasukan agar menjadi lebih baik. Hal ini kerana pertandingan sudah hampir dan langkah-langkah yang terbaik haruslah di lakukan agar moral dan keadaan pasukan berada dalam tahap dan prestasi yang terbaik dalam pertandingan.
Tentatif Latihan Mingguan : Fasa Persediaan (6 kali seminggu)
MINGGU
|
PERTAMA
|
KEDUA
|
KETIGA
|
KEEMPAT
|
Jenis Latihan
|
Membina daya tahan otot
|
Membina daya tahan kardiovaskular
|
Meningkatkan kepantasan, ketangkasan dan kelenturan otot
|
Membaiki kelemahan kemahiran pasukan dan memperkenalkan teknik dan taktik yang baik
|
Jadual di atas menunjukkan tentatif latihan yang akan dilakukan dari bulan pertama sehingga bulan ketiga sebelum pertandingan.
6.2 PERTANDINGAN
Menerangkan persediaan sebelum pertandingan dikenali sebagai Pra Pertandingan dan semasa pertandingan.
i) Fasa Pra Pertandingan
Dalam fasa ini, aspek yang ditekankan ialah memberikan penekanan kepada teknik-teknik yang khusus. Dalam hal ini, teknik permainan yang penting akan didedahkan kepada pemain agar dapat membantu dalam permainan. Selain itu, penekanan kepada kecergasan fizikal agar menjadi lebih baik. Menerapkan latihan yang mampu menjadikan pemain berada pada tahap yang baik. Seterusnya, moral pasukan haruslah berada pada tahap yang baik. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil untuk menjamin moral pasukan berada dalam keadaan terbaik.
Objektif fasa Pra Pertandingan:
- Memberi penekanan kepada teknik-teknik yang khusus
- Pendedahan kepada suasana pertandingan
- Menilai prestasi peserta dan memperbaiki kelemahan yang ada
- Memulihkan mental pemain
Jadual Latihan Pra Pertandingan (5 kali seminggu)
MINGGU
|
Pertama
|
Kedua
|
Ketiga
|
Jenis Latihan
|
Memberi pendedahan terhadap teknik-teknik yang khusus dan latihan
|
Membuat perlawanan persahabatan untuk menilai prestasi pemain
|
Menilai prestasi dan membaiki kelemahan pemain sebelum pertandingan
|
Jadual menunjukkan tentatif latihan dalam masa satu bulan sebelum pertandingan.
ii) Pertandingan
Fasa ini adalah fasa pasukan telah berada dalam keadaan baik dan mencapai tahap prestasi yang paling optima. Selain itu, dari segi mental pasukan haruslah berada dalam tahap yang terbaik kerana dalam pertandingan, mental haruslah kuat bukan sahaja fizikal. Seterusnya, perincian dalam aspek teknik dan taktik juga perlu di rancang sebaik mungkin agar pasukan dapat mencapai sasaran dalam pertandingan tersebut.
No comments:
Post a Comment