Tuesday, 24 May 2016

An Introduction to Sepaktakraw: Part 2 Learning The Basic Skills

An Introduction to Sepaktakraw: Part 3 Warming up and Stretching


BIL
NAMA
NO MATRIKS
1
MARCELINA BINTI MAJIN
BP15110140
2
AGNES LOUPIN
BP15110013
3
COVENA BENJAMIN
BP15110054
4
IESMA CHUNG
BP15110095
5
DIFFRY DIMO
BP15110063

OBJEKTIF KAJIAN

i. Menceritakan tentang sejarah awal dan perkembangan sukan sepak takraw di Asia.
ii. Merumuskan peraturan dan undang-undang permainan sukan sepak takraw.
iii. Menerangkan ukuran-ukuran yang terdapat dalam sukan sepak takraw.
iv. Menerangkan peraturan cara-cara pemakaian yang bersesuaian.
v. Mendedahkan pengelolahan kejohanan atau sistem pertandingan yang dijalankan.
vi. Menerangkan persediaan dan perancangan latihan sebelum menyertai sesuatu kejohanan.

Sepaktakraw: The best killer in the world.

Monday, 23 May 2016

Sejarah Sepak Takraw

1.0 PENGENALAN 


Sepak Takraw atau pun Kick Volleyball merupakan sukan masyarakat Asia Tenggara yang menyerupai bola tampar kecuali ia menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan dan hanya membenarkan pemain menggunakan tangan dan kepala untuk menyentuh bola. Sukan ini merupakan gabungan antara sukan bola tampar dan bola sepak dan sangat popular di Thailand, Kemboja, Malaysia, Laos, Filipina, dan Indonesia. Di negara Thailand, sukan ini dikenali sebagai Takraw  manakala di Malaysia ia dikenali sebagai Sepak Raga.


2.0 SEJARAH AWAL SUKAN DAN PERKEMBANGAN SUKAN SEPAK TAKRAW DI ASIA
Sepak takraw tidak mempunyai rekod bertulis bagi membuktikan permulaannya. Tambahan pula sepak takraw hanya dimainkan di Asia tenggara. Mengikut buku Sejarah Melayu, ada dicatatkan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan dimainkan pada zaman kesultanan Melaka oleh anak Bendahara Paduka Raja, iaitu Tun Besar. Permainan itu disebut sepak raga.
Dengan demikian, boleh dikatakan sepak raga berasal di dari Negara Malaysia. Pada masa itu, sepak raga dimainkan dalam bentuk bulatan di satu kawasan lapang. Ia juga merupakan salah satu permainan yang tertua di dunia. Cara bermainnya ialah dengan menyepak atau menanduk bola secara bergilir-gilir. 
Selain menyepak, permainan ini juga boleh menggunakan paha, bahu, belakang dan apa sahaja anggota badan kecuali tangan. Setiap sepakan akan dihitung dan matlamat permainan ialah mengekalkan bola di udara. Sepak raga jaring mula diperkenalkan pada tahun 1945
Cara bermainnya diubah suai dan dimainkan oleh enam orang dengan tiga orang sepasukan. Pada peringkat ini, tiada peraturan khusus, hanya undang-undang mulut sahaja digunakan. Peraturan terawal telah diperkenalkan oleh Penduduk Pulau Pinang dengan menubuhkan sebuah badan di peringkat negeri. Antara peraturan yang diperkenalkan ialah sepak raga dimainkan dalam satu gelanggang yang direntang dengan jaring. Tiga orang pemain yang mempelopori permainan ini ialah Mohamad Abd Rahman, Abd. Hamid Mydin dan Yaacob Sayyed. Mereka telah mengadakan pertunjukan di Gelanggang Hospital Haiwan, Jalan Pattani, P. Pinang. Bermula dari sinilah, maka merebaklah permainan sepak raga jaring ke beberapa tempat di Pulau Pinang. Satu pertandingan untuk merebut Piala Tuan S.M. Idid telah diadakan. Sebanyak 36 pasukan telah mengambil bahagian dan pasukan Jalan Hutton menjadi johan. Setelah mendapat sambutan yang mengalakkan sepak raga jaring diperkenalkan pula ke negeri-negeri lain.
Perlawanan antara negeri yang pertama telah diadakan pada November 1946 di antara Kedah dan Pulau Pinang. Ini diikuti pula perlawanan antara Pulau Pinang dan Selangor pada bulan disember. Allahyarham P. Ramlee adalah di antara orang yang talah mempopularkan permainan ini. Beliau mempunyai pasukannya sendiri. Apabila beliau berpindah ke Singapura, beliau memperkenalkan pula kepada rakannya di sana. Pada 25 Jun 1960, dengan rasminya Persatuan Sepak Raga Malaya (PSRM) telah ditubuhkan. Encik Mohd. Khir Johari adalah sebagai presidennya dan pada masa itu juga beliau adalah Menteri Pelajaran. 
        Permainan sepak raga jaring juga dimainkan di beberapa negara di Asia. Permainan ini dikenali sebagai “takraw” di negara Thailand. Tarikh sebenar tentang kedatangan atau permulaan permainan sepak raga di negara Thailand tidak pula diketahui, akan tetapi permainan ini sudah pun mendapat tempat di kalangan penduduk di sana. Pada tahun 1965, buat pertama kalinya sepak raga jaring diterima sebagai acara Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur. Pertukaran nama sepak raga kepada sepak takraw dengan sendirinya telah menukarkan nama persatuan samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. PSRM telah menjadi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). Peraturan permainannya juga telah dikemaskini dengan penggunaan bola yang lebih besar dan saiz gelanggang yang lebih kecil. Pemain juga dibenarkan untuk keluar gelanggang semasa dalam permainan.
Pada 25 hingga 28 Jun 1980 pula, telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw Asia Pertama di Kuala Lumpur. Terdapat 5 buah negara yang mengambil bahagian. Selain itu,  PSM dengan kerjasama Kementerian Belia Dan sukan telah menghantar pasukan untuk mengadakan perlawanan pertunjukan di China, Korea Utara dan Hong Kong. Perlawanan pertunjukan ini juga telah diadakan dua kali dalam Sukan Asia. Kali pertama ialah di Bangkok tahun 1970 dan kali kedua di New Delhi tahun 1982. Akhirnya, sukan ini telah diterima sebagai acara dalam Sukan Asia tahun 1990 di Hiroshima, Jepun.

Pengelolaan Kejohanan Atau Sistem Pertandingan

1. PENGELOLAAN KEJOHANAN ATAU SISTEM PERTANDINGAN
1. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi terdapat banyak kekurangan seperti kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan atau kebolehan sesuatu pasukan atau peserta itu sendiri. 

i. Kelebihan
Boleh dijalankan dalam masa yang singkat
Cepat memilih pemenang
Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
Seronok untuk ditonton
Penyertaan ramai.
ii. Kelemahan
Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik
Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain


2. Pertandingan Liga
Pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian :
i.  Masa yang mencukupi
ii. Kewangan yang ada
iii. Bilangan pengadil
iv. Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam

i. Liga satu pusingan
ii. Liga berkumpulan

Perkembangan Kemahiran

1. PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
1. Sepak sila
i. STATIK
Prosedur :
Melambung bola dan melakukan sepak sila secara perseorangan.
Menggunakan kaki kiri / kanan.
Mulakan sepak sila dengan bola rendah, sederhana dan tinggi.

ii. DINAMIK
Prosedur :
Menerima dan menghantar bola secara berpasangan.
Melakukan dalam berbagai arah – kiri/ kanan/ depan/ belakang.
Menggunakan kedua - dua kaki secara berselang-seli.
Kawal bola dahulu kemudian buat hantaran tepat ke arah sasaran.
Tingkatkan aras ketinggian bola dan kawal lakuan sepakan tersebut.
Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan.
Menerima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal
Menggunakan kaki kiri kanan secara berselang-seli.
Variasikan corak pergerakan melalui kreativiti jurulatih.

2. Kemahiran sepak kuda
i. STATIK
Prosedur :
Melambung bola dan menyepak dengan kekura kaki ke arah sasaran.
Menggunakan kaki kiri / kanan secara berselang-seli.

ii. DINAMIK
Prosedur: 
Sepak dengan menggunakan kekura kaki secara berpasangan.
Melakukan sepakan ke atas bola yang datang dari pelbagai arah.




3. Kemahiran menanduk
i. STATIK
Prosedur :
Melambung bola secara individu dan melakukan tandukan setempat.
Melakukan secara berulang-kali.

ii.  DINAMIK
Prosedur :
Menanduk bola yang dilambung secara berpasangan tepat ke arah sasaran.
Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar untuk tandukan.
Memastikan bola yang ditanduk berada pada ketinggian yang sesuai.
Tanduk bola dari pelbagai arah dan kelajuan.
Jarakkan bola secara beransur-ansur.



4. Kemahiran rejaman
i. STATIK
Prosedur :
Melompat dan buat rejaman tanpa bola (bayangan) mengikut teknik rejaman.
Bola digantung mengikut paras ketinggian yang sesuai. Lompat dan lakukan rejaman kaki mengikut teknik rejaman yang dipilih.


ii. DINAMIK
Prosedur
Melambung bola dengan tangan dan buat rejaman mengikut gaya rejaman.
Variasikan kedudukan rejaman.
Pelbagaikan arah rejaman.

5. Kawalan gelanggang
i. AKTIVITI LITAR
Prosedur permainan :
Setiap kumpulan melakukan kemahiran mengikut Stesen yang telah ditetapkan.
Setiap kumpulan diberi masa 3 minit untuk melakukan kemahiran yang ditetapkan bagi setiap stesen dan seterusnya berpindah ke stesen yang seterusnya.


ii. HANTARAN MENGIKUT PUSINGAN SEGI TIGA
Prosedur permainan :
Arah boleh diubah-ubah mengikut arah anak panah selepas beberapa pusingan.
Hantaran dibuat dengan sekali sepakan /paha tandukan dan ditambah tidak melebihi dua kali berturut-turut. Pemain – pemain menghadap ke luar.

Peraturan Pemakaian

Peraturan Pemakaian


Pakaian pemain yang dipakai hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepak takraw. Pemain dilarang menggunakan mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan serta membahayakan pemain adalah dilarang. 

Semua pemain hendaklah memakai TShirt atau jersi, kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi, seluar pendek dan stoking. TShirt atau jersi haruslah dimasukkan ke dalam seluar. Pemain dibenarkan memakai tracksuits jika cuaca sejuk. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan. 
Untuk mengelakkan kekeliruan pasukan yang bertanding perlu memakai warna jersi yang berlainan.  
Semua pakaian pemain haruslah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain haruslah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan iaitu dari nombor 1 sehingga nombor 36. 

Ø Nombor haruslah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan iaitu pada bahagian tengah dada. 

Ø Nama pemain haruslah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian dimana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen.

Ø Pakaian pemain boleh meletakkan logo penaja di bahagian hadapan pakaian pemain dan haruslah mengikut peraturan pertandingan.

Ø Logo atau lambang selain logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.

Ketua regu haruslah memakai arm band di lengan kiri.
vSetiap pasukan haruslah menyediakan sekurang-kurangnya 2 set T-Shirt atau jersi yang berwarna gelap dan berwarna cerah. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama hal ini dapat diselesaikan dengan menukar jersi pasukan tuan rumah. Manakala jika jersi yang sama dari pasukan yang berlainan, negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran perlu menukar jersi.
vJika memakai mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam 
undang-undang permainan ini perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada pihak teknikal 
( International Sepaktakraw Federation ) ISTAF.    

Monday, 16 May 2016

6.0 PERSEDIAN DAN PERANCANGAN LATIHAN AWAL SEBELUM MENYERTAI 
      PERTANDINGAN

6.1 PERSEDIAAN
Terdapat dua fasa persediaan iaitu 
Persediaan Umum
Persediaan khusus

i) Fasa Persediaan Umum
Fasa ini merupakan fasa latihan yang pertama dalam periodisasi ini. Dalam fasa ini, fokus diberikan adalah kepada fizikal sahaja untuk meningkatkan kecergasan. Antaranya ialah latihan kepada aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum menjalani latihan tahap yang lebih tinggi. Selain itu, memberi perincian tentang taktik dan teknik dalam sepak takraw agar dapat membantu pasukan menjalani latihan dengan lebih baik lagi.
Kaedah-kaedah Latihan Yang dicadangkan :
Litar
Bebanan
Pliometrik

Objektif Latihan :
Membina daya tahan otot
Meningkatkan kepantasan, ketangkasan dan kelenturan otot
Membina daya tahan kardiovaskular
Membaiki kelemahan kemahiran pasukan dan memperkenalkan teknik dan taktik yang baik



ii) Fasa Persediaan Khusus
Dalam fasa ini, fokus latihan akan diberikan dari semua aspek Contohnya, teknik latihan fizikal haruslah bersesuaian bagi mengelakkan latihan yang memenatkan dan pemain tercedera. Manakala bagi moral atau mental pasukan, perlu di tingkatkan untuk pasukan agar menjadi lebih baik. Hal ini kerana pertandingan sudah hampir dan langkah-langkah yang terbaik haruslah di lakukan agar moral dan keadaan pasukan berada dalam tahap dan prestasi yang terbaik dalam pertandingan.
Tentatif Latihan Mingguan : Fasa Persediaan (6 kali seminggu)
MINGGU
PERTAMA
KEDUA
KETIGA
KEEMPAT
Jenis Latihan
Membina daya tahan otot
Membina daya tahan kardiovaskular
Meningkatkan kepantasan, ketangkasan dan kelenturan otot
Membaiki kelemahan kemahiran pasukan dan memperkenalkan teknik dan taktik yang baik
Jadual di atas menunjukkan tentatif latihan yang akan dilakukan dari bulan pertama sehingga bulan ketiga sebelum pertandingan.

6.2 PERTANDINGAN
Menerangkan persediaan sebelum pertandingan dikenali sebagai Pra Pertandingan dan semasa pertandingan.
i) Fasa Pra Pertandingan
Dalam fasa ini, aspek yang ditekankan ialah memberikan penekanan kepada teknik-teknik yang khusus. Dalam hal ini, teknik permainan yang penting akan didedahkan kepada pemain agar dapat membantu dalam permainan. Selain itu, penekanan kepada kecergasan fizikal agar menjadi lebih baik. Menerapkan latihan yang mampu menjadikan pemain berada pada tahap yang baik. Seterusnya, moral pasukan haruslah berada pada tahap yang baik. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil untuk menjamin moral pasukan berada dalam keadaan terbaik. 

Objektif fasa Pra Pertandingan:
Memberi penekanan kepada teknik-teknik yang khusus
Pendedahan kepada suasana pertandingan
Menilai prestasi peserta dan memperbaiki kelemahan yang ada
Memulihkan mental pemain
Jadual Latihan Pra Pertandingan (5 kali seminggu)
MINGGU
Pertama
Kedua
Ketiga
Jenis Latihan
Memberi pendedahan terhadap teknik-teknik yang khusus dan latihan
Membuat perlawanan persahabatan untuk menilai prestasi pemain
Menilai prestasi dan membaiki kelemahan pemain sebelum pertandingan
Jadual menunjukkan tentatif latihan dalam masa satu bulan sebelum pertandingan.

ii) Pertandingan
Fasa ini adalah fasa pasukan telah berada dalam keadaan baik dan mencapai tahap prestasi yang paling optima. Selain itu, dari segi mental pasukan haruslah berada dalam tahap yang terbaik kerana dalam pertandingan, mental haruslah kuat bukan sahaja fizikal. Seterusnya, perincian dalam aspek teknik dan taktik juga perlu di rancang sebaik mungkin agar pasukan dapat mencapai sasaran dalam pertandingan tersebut.