1.0 PENGENALAN
Sepak Takraw atau pun Kick Volleyball merupakan sukan masyarakat Asia Tenggara yang menyerupai bola tampar kecuali ia menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan dan hanya membenarkan pemain menggunakan tangan dan kepala untuk menyentuh bola. Sukan ini merupakan gabungan antara sukan bola tampar dan bola sepak dan sangat popular di Thailand, Kemboja, Malaysia, Laos, Filipina, dan Indonesia. Di negara Thailand, sukan ini dikenali sebagai Takraw manakala di Malaysia ia dikenali sebagai Sepak Raga.
2.0 SEJARAH AWAL SUKAN DAN PERKEMBANGAN SUKAN SEPAK TAKRAW DI ASIA
Sepak takraw tidak mempunyai rekod bertulis bagi membuktikan permulaannya. Tambahan pula sepak takraw hanya dimainkan di Asia tenggara. Mengikut buku Sejarah Melayu, ada dicatatkan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan dimainkan pada zaman kesultanan Melaka oleh anak Bendahara Paduka Raja, iaitu Tun Besar. Permainan itu disebut sepak raga.
Dengan demikian, boleh dikatakan sepak raga berasal di dari Negara Malaysia. Pada masa itu, sepak raga dimainkan dalam bentuk bulatan di satu kawasan lapang. Ia juga merupakan salah satu permainan yang tertua di dunia. Cara bermainnya ialah dengan menyepak atau menanduk bola secara bergilir-gilir.
Selain menyepak, permainan ini juga boleh menggunakan paha, bahu, belakang dan apa sahaja anggota badan kecuali tangan. Setiap sepakan akan dihitung dan matlamat permainan ialah mengekalkan bola di udara. Sepak raga jaring mula diperkenalkan pada tahun 1945
Cara bermainnya diubah suai dan dimainkan oleh enam orang dengan tiga orang sepasukan. Pada peringkat ini, tiada peraturan khusus, hanya undang-undang mulut sahaja digunakan. Peraturan terawal telah diperkenalkan oleh Penduduk Pulau Pinang dengan menubuhkan sebuah badan di peringkat negeri. Antara peraturan yang diperkenalkan ialah sepak raga dimainkan dalam satu gelanggang yang direntang dengan jaring. Tiga orang pemain yang mempelopori permainan ini ialah Mohamad Abd Rahman, Abd. Hamid Mydin dan Yaacob Sayyed. Mereka telah mengadakan pertunjukan di Gelanggang Hospital Haiwan, Jalan Pattani, P. Pinang. Bermula dari sinilah, maka merebaklah permainan sepak raga jaring ke beberapa tempat di Pulau Pinang. Satu pertandingan untuk merebut Piala Tuan S.M. Idid telah diadakan. Sebanyak 36 pasukan telah mengambil bahagian dan pasukan Jalan Hutton menjadi johan. Setelah mendapat sambutan yang mengalakkan sepak raga jaring diperkenalkan pula ke negeri-negeri lain.
Perlawanan antara negeri yang pertama telah diadakan pada November 1946 di antara Kedah dan Pulau Pinang. Ini diikuti pula perlawanan antara Pulau Pinang dan Selangor pada bulan disember. Allahyarham P. Ramlee adalah di antara orang yang talah mempopularkan permainan ini. Beliau mempunyai pasukannya sendiri. Apabila beliau berpindah ke Singapura, beliau memperkenalkan pula kepada rakannya di sana. Pada 25 Jun 1960, dengan rasminya Persatuan Sepak Raga Malaya (PSRM) telah ditubuhkan. Encik Mohd. Khir Johari adalah sebagai presidennya dan pada masa itu juga beliau adalah Menteri Pelajaran.
Permainan sepak raga jaring juga dimainkan di beberapa negara di Asia. Permainan ini dikenali sebagai “takraw” di negara Thailand. Tarikh sebenar tentang kedatangan atau permulaan permainan sepak raga di negara Thailand tidak pula diketahui, akan tetapi permainan ini sudah pun mendapat tempat di kalangan penduduk di sana. Pada tahun 1965, buat pertama kalinya sepak raga jaring diterima sebagai acara Sukan SEAP yang diadakan di Kuala Lumpur. Pertukaran nama sepak raga kepada sepak takraw dengan sendirinya telah menukarkan nama persatuan samada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. PSRM telah menjadi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). Peraturan permainannya juga telah dikemaskini dengan penggunaan bola yang lebih besar dan saiz gelanggang yang lebih kecil. Pemain juga dibenarkan untuk keluar gelanggang semasa dalam permainan.

Pada 25 hingga 28 Jun 1980 pula, telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw Asia Pertama di Kuala Lumpur. Terdapat 5 buah negara yang mengambil bahagian. Selain itu, PSM dengan kerjasama Kementerian Belia Dan sukan telah menghantar pasukan untuk mengadakan perlawanan pertunjukan di China, Korea Utara dan Hong Kong. Perlawanan pertunjukan ini juga telah diadakan dua kali dalam Sukan Asia. Kali pertama ialah di Bangkok tahun 1970 dan kali kedua di New Delhi tahun 1982. Akhirnya, sukan ini telah diterima sebagai acara dalam Sukan Asia tahun 1990 di Hiroshima, Jepun.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood
ReplyDeletegood
Delete